Program berkelah di air terjun Kemensah telah diadakan pada 1 Mei 2012 iaitu pada hari buruh. Suasana yang amat meriah, kami telah menyediakan makanan untuk dimakan beramai-ramai. Program ini diadakan adalah untuk mengenali ahli keluarga dengan lebih rapat dan sambil merehatkan diri setelah penat bekerja.
PENGENALAN
Sapphire Group ditubuhkan secara rasminya pada Disember 2011. Sebelum ini kami lebih dikenali sebagai AMN group Kami merupakan salah satu agensi "Perancang Kewangan" bumiputera yang sedang berkembang di Prudential Assurance Malaysia Berhad. Sapphire Group menawarkan peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan kepada graduan lepasan IPT, pelajar-pelajar yang bakal mengikuti latihan industri serta para penjawat awam dan swasta yang menginginkan perkembangan ataupun peningkatan dalam kerjaya.
Sapphire Group menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif berpandukan kepada elemen:
FUN:TEAMWORK:TOGETHER.
Saturday, 12 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment