Presiden kepada Sapphire Group adalah Encik Adzlan Mohd Nerus yang mempunyai mentaliti yang sangat kuat untuk terus menapak dalam perniagaan yang dijalankan. Beliau mempunyai kelulusan dari California State University in Finance dan berpengalaman luas dalam merancang kewangan sesebuah keluarga dan juga individu. Cekal dalam jatuh bangun perniagaan, kini beliau mampu tersenyum dengan terhasilnya satu kumpulan yang sangat kukuh. Sapphire Group menjalankan aktiviti atau perniagaan untuk membantu masyarakat diluar sana keluar dari belenggu kemiskinan di samping membuka peluang untuk seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan.
PENGENALAN
Sapphire Group ditubuhkan secara rasminya pada Disember 2011. Sebelum ini kami lebih dikenali sebagai AMN group Kami merupakan salah satu agensi "Perancang Kewangan" bumiputera yang sedang berkembang di Prudential Assurance Malaysia Berhad. Sapphire Group menawarkan peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan kepada graduan lepasan IPT, pelajar-pelajar yang bakal mengikuti latihan industri serta para penjawat awam dan swasta yang menginginkan perkembangan ataupun peningkatan dalam kerjaya.
Sapphire Group menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif berpandukan kepada elemen:
FUN:TEAMWORK:TOGETHER.
Tuesday, 10 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment