Program berkelah di air terjun Kemensah telah diadakan pada 1 Mei 2012 iaitu pada hari buruh. Suasana yang amat meriah, kami telah menyediakan makanan untuk dimakan beramai-ramai. Program ini diadakan adalah untuk mengenali ahli keluarga dengan lebih rapat dan sambil merehatkan diri setelah penat bekerja.
SAPPHIRE GROUP
PENGENALAN
Sapphire Group ditubuhkan secara rasminya pada Disember 2011. Sebelum ini kami lebih dikenali sebagai AMN group Kami merupakan salah satu agensi "Perancang Kewangan" bumiputera yang sedang berkembang di Prudential Assurance Malaysia Berhad. Sapphire Group menawarkan peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan kepada graduan lepasan IPT, pelajar-pelajar yang bakal mengikuti latihan industri serta para penjawat awam dan swasta yang menginginkan perkembangan ataupun peningkatan dalam kerjaya.
Sapphire Group menyediakan suasana kerja yang sihat dan kondusif berpandukan kepada elemen:
FUN:TEAMWORK:TOGETHER.
Saturday, 12 May 2012
Thursday, 26 April 2012
Program A Star Stella Batch 4
Program A Star Stella Batch 4 telah diadakan pada 21 dan 22 April 2012 dengan jayanya di Prudential Training Academy, Bukit Antarabangsa. Ucapan terima kasih kepada orang-orang baru yang turut sama menyertai Program kami.
Friday, 13 April 2012
Tuesday, 10 April 2012
Keluarga Kami
Di dalam Sapphire Group mempunyai 14 orang iaitu Encik Adzlan Mohd Nerus sebagai Presiden Sapphire Group, Aidi, Efi, Bean, Ziha, Zue, Lina, Ummi, Hani, Syahir, Fina, Ida, Farah, Ariff dan Fikri. Kami juga memilih warna ungu sebagai warna rasmi kami bagi melambangkan kami Sapphire Group.
Sapphire Group juga mempunyai 7 orang Chief Officer (CO) yang dilantik oleh Presiden sebagai pemacu kepada Sapphire Group. Ianya terdiri daripada :
Hazman Zulkaply - Chief Officer Production and Achievement Unit |
Norharlina Harun - Chief Officer Manpower |
Fikri Azhar - Chief Officer Manpower & Development |
Syahir Izwan - Chief Officer Manpower & Development |
Zuraidah Zainuddin - Chief Officer ICT |
Fauziahani Abas - Chief Officer Finance |
Norziha Redzuan - Chief Officer Corporate Communication & Events |
Siapa Presiden Sapphire Group?
Presiden kepada Sapphire Group adalah Encik Adzlan Mohd Nerus yang mempunyai mentaliti yang sangat kuat untuk terus menapak dalam perniagaan yang dijalankan. Beliau mempunyai kelulusan dari California State University in Finance dan berpengalaman luas dalam merancang kewangan sesebuah keluarga dan juga individu. Cekal dalam jatuh bangun perniagaan, kini beliau mampu tersenyum dengan terhasilnya satu kumpulan yang sangat kukuh. Sapphire Group menjalankan aktiviti atau perniagaan untuk membantu masyarakat diluar sana keluar dari belenggu kemiskinan di samping membuka peluang untuk seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan.
A Star Stella Batch 3
Telah diadakan pada 31hb Mac dan 01 April di Prudential Training Academy yang terletak di Ukay Perdana, Ampang. Program ini telah diadakan dengan jaya nya oleh beberapa tenaga kerja dari Stella Group. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta baru untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kami di Prudential. Sepanjang program ini diadakan ianya sangat puas hati dan cukup meriah kerana program ini diadakan bagi tujuan untuk membentuk "Team Building". Program ini diadakan 2 hari 1 malam.
Subscribe to:
Posts (Atom)